MIC Daftar 10,000 Pengundi Baharu




KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- MIC berjaya mendaftarkan kira-kira 10,000 pengundi baharu di seluruh negara dalam tempoh tiga minggu.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata proses pendaftaran itu bermula selepas program 'retreat' MIC di Kedah akhir April lepas dan MIC akan berusaha meningkatkan pendaftaran di semua kawasan yang akan ditandingi parti itu.

"Sebelum penghujung bulan depan, kita (MIC) berharap untuk mendaftarkan 20,000 lagi pengundi baharu," katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam mengulangi pendirian parti bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah milik MIC.

-- BERNAMA