Najib Pengerusikan Mesyuarat MT UMNO
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, di sini.
Ketibaan Najib yang juga presiden UMNO ke ibu pejabat parti pada kira-kira 3.30 petang disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.
Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Perdana menteri kemudiannya dijadual berbuka puasa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bersama-sama anggota Majlis Tertinggi parti, veteran UMNO dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
-- BERNAMA