Berita Tergempar
PM ANWAR EXPRESSES CONDOLENCES TO THE FAMILY OF EGYPTIAN ISLAMIC MOVEMENT ACTIVIST YOUSSEF NADA WHO PASSED AWAY TODAY | 

Pas Sarawak Belum Putus Nak Letak Calon Atau Tidak Pada PRK Pujut




MIRI, 14 Jun (Bernama) -- PAS Sarawak belum membuat keputusan sama ada akan meletak calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut yang akan diadakan pada 4 Julai ini.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata mereka hanya akan membuat pengumuman minggu depan selepas Mahkamah Tinggi Kuching membuat keputusan pada 19 Jun berhubung saman asal yang dikemukakan bekas Adun Pujut, Dr Ting Tiong Choon bagi mencabar pembatalan keanggotaannya sebagai Adun.

"Banyak faktor akan diambil kira termasuk persediaan kita bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini, sebelum keputusan akhir boleh dibuat. Kami juga perlu bersedia untuk PRU14," katanya kepada Bernama.

Sementara itu DAP Sarawak dijangka menamakan calon mereka Jumaat ini dengan bekas Adun Piasau, Alan Ling Sie Kiong dijangka dicalonkan.

Pada pilihan raya negeri 2016, Dr Ting yang mewakili DAP menang kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong, calon PAS, Jofri dan calon bebas Fong Pau Teck

-- BERNAMA