Berita Tergempar
PM ANWAR EXPRESSES CONDOLENCES TO THE FAMILY OF EGYPTIAN ISLAMIC MOVEMENT ACTIVIST YOUSSEF NADA WHO PASSED AWAY TODAY | 

Jentera Pemuda UMNO Pejuang Di Media Sosial Pertahankan Parti




BELURAN, 7 Julai (Bernama) -- Jentera Pemuda UMNO, selaku pejuang di media sosial bagi menangani tohmahan dan fitnah terhadap pemimpin negara, UMNO serta kerajaan., berperanan penting dalam menyediakan maklumat tepat di media sosial untuk dikongsi bersama rakyat.

Naib Ketua Pemuda UMNO Senator Khairul Azwan Harun berkata maklumat tepat harus dikongsi bersama rakyat bagi memastikan mereka tidak terpedaya dengan tohmahan dan fitnah yang dibawa pembangkang.

"Sebagai pejuang untuk UMNO, Pemuda harus bangkit mempertahankan parti dan pemimpin khususnya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita juga jangan risau dengan tindakan diambil apabila mempertahankan parti dan barisan kepimpinan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Serentak Perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO Beluran di sini, hari ini.

Beliau berkata ia sejajar dengan tindakan yang diterjemahkan menerusi kesetiaan kepada parti dan barisan kepimpinannya.

-- BERNAMA