Berita Tergempar
PM ANWAR EXPRESSES CONDOLENCES TO THE FAMILY OF EGYPTIAN ISLAMIC MOVEMENT ACTIVIST YOUSSEF NADA WHO PASSED AWAY TODAY | 

Rajin Dampingi Rakyat, Mudah Senyum Layak Dipilih Bertanding PRU14




LARUT, 8 Julai ( Bernama) -- Individu yang boleh berdamping dengan rakyat dan sentiasa senyum apabila berjumpa rakyat layak untuk dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sri Hamzah Zainuddin berkata calon yang disukai rakyat dan sentiasa berdampingan dengan rakyat serta dapat membawa inspirasi kerajaan diyakini mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata ia merupakan satu transformasi kerajaan dalam usaha memastikan sokongan di peringkat akar umbi terus mantap.

"Ini memberi peluang kepada semua orang yang disukai serta mampu meneruskan perjuangan parti untuk dipilih sebagai calon," katanya kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang berkata hanya calon yang boleh menang dan disukai ramai akan membolehkan BN menang dua pertiga dalam PRU14.

Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata pendekatan itu menunjukkan parti tidak lagi meletakkan calon yang mempunyai kepentingan kepada individu tertentu, sebaliknya mampu berkhidmat kepada rakyat.

-- BERNAMA