Berita Tergempar
TWO POLICEMEN KILLED, ONE INJURED IN SHOOTING AT ULU TIRAM POLICE STATION, JOHOR BAHRU EARLY THIS MORNING - JOHOR POLICE CHIEF | DUA ANGGOTA POLIS MAUT DAN SEORANG CEDERA DITEMBAK DALAM SERANGAN DI BALAI POLIS ULU TIRAM, JOHOR BAHRU AWAL PAGI TADI - KP JOHOR | 

Perwakilan UMNO Disaran Kemuka Usul Kesejahteraan Rakyat




KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Semua pemimpin dan anggota UMNO hendaklah memberi penekanan mengutarakan usul-usul yang lebih menyentuh kepentingan, keperluan dan kesejahteraan rakyat dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian.

Setiausaha Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata penekanan terhadap aspek berkenaan bukan sahaja bakal menentukan hala tuju Perhimpunan Agung UMNO 2017, tetapi juga untuk mencatur strategi dan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Sehingga 24 Okt 2016, pihak Ibu Pejabat UMNO menerima 681 usul dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara yang diluluskan oleh perwakilan bahagian masing-masing. Daripada jumlah itu, 510 usul diterima untuk rujukan, 171 usul diterima tanpa bahas dan tiada usul yang ditolak.

"Usul yang diterima untuk rujukan ini melibatkan 108 Usul Politik, 29 Usul Ekonomi, 62 Usul Agama, 83 Usul Sosial, 98 Usul Pendidikan, 10 usul melibatkan pindaan perlembagaan dan 120 lain-lain usul.

"Pihak sekretariat telah menghantar kesemua usul berkenaan kepada pihak kementerian dan agensi terlibat bagi mendapatkan maklum balas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklum balas daripada kementerian dan agensi berkaitan telah diperoleh dan disemak serta dihantar ke Bahagian-bahagian UMNO pada 3 Julai lepas iaitu sebelum Persidangan Perwakilan Bahagian di seluruh negara bermula dari 7 Julai sehingga 26 Ogos ini.

-- BERNAMA