Usah Persoalkan Calon Dipilih Pucuk Pimpinan - Ketua Puteri
KUALA BERANG, 21 Julai (Bernama) -- Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak mempersoalkan tetapi sebaliknya menghormati calon dipilih pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sudah ada kaedah dan metadologi untuk memilih calon sesuai dan tidak mahu adanya lagi berlaku kes ?cah keting' bagi mana-mana calon.
"Sama ada orang baharu, lama, berpengalaman, berpelajaran atau tidak sekalipun biarlah pucuk pimpinan UMNO yang tentukan.
"Tiada makna bagi Puteri jika kalah dalam pilihan raya kerana mereka sudah tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk jailani Johari merangkap Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Ketua Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu Rozita Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu merangkap Ketua Wanita UMNO Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.'
Mas Ermieyati turut mengingatkan anggota pergerakan itu agar menyelesaikan masalah dalaman parti sekiranya ada sebelum PRU14 diadakan.
"Yang penting di Parlimen Hulu Terengganu ini, kita ingin tawan kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di mana kali terakhir kita menang adalah pada tahun 1996? sudah hampir 21 tahun dan sekaligus mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen ini," katanya.
-- BERNAMA