Pembahagian Kerusi Pru14 Pakatan Harapan Di Perlis Capai 90 Peratus Persetujuan
KANGAR, 26 Ogos (Bernama) -- Pembahagian kerusi antara parti gabungan dalam Pakatan Harapan di Perlis bagi pilihan raya umum ke-14 sudah mencapai 90 peratus persetujuan, kata pengerusi Pakatan Harapan negeri Ameir Hassan.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri berkata pihaknya telah mengadakan empat kali mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.
âBagaimanapun, pembahagian kerusi itu masih belum dimuktamadkan dan keputusan mengenainya diserahkan kepada Pakatan Harapan pusat,\" katanya pada sidang media di sini hari ini.
-- BERNAMA
NAW NAW ROS