PM Najib Pengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn di sini.
Ketibaan Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden UMNO pada 3.30 petang disambut barisan kepimpinan tertinggi parti komponen BN.
Antara yang hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup dan Pengerusi MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
Najib dijangka mengadakan sidang akhbar sejurus selesai mesyuarat tersebut.
-- BERNAMA