1,000 Hadir Majlis Makan Malam Deepavali Bersama Pemimpin MIC N. Sembilan




SEREMBAN, 12 Nov (Bernama) -- Kira-kira 1,000 hadir di Majlis Makan Malam Deepavali bersama barisan pemimpin MIC Negeri Sembilan di Dewan Besar Maljis Perbandaran Seremban, di sini malam ini.

Majlis yang bermula kira-kira 8.30 malam itu turut dihadiri Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hadir sama Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S. Mogan dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam.

Tetamu yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat disajikan dengan beraneka makanan tradisi masyarakat India antaranya kari ikan, kari ayam dan maruku.

Majlis turut dimeriahkan dengan tarian tradisional masyarakat India serta persembahan penyanyi tempatan.

-- BERNAMA