Ketua Bahagian UMNO Pensiangan Angkat Sumpah Anggota Dewan Negara





KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ketua Bahagian UMNO Pensiangan Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau yang dilantik buat pertama kali, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Abd Ghani, 56, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah memiliki Bachelor of Arts Business Administration daripada Americus University, Washington, Amerika Syarikat dan telah terlibat dalam bidang politik sejak 1985.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara berkenaan, Abd Ghani berkata beliau akan mengangkat isu pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan sara hidup rakyat terutama di pedalaman Sabah.

"Saya akan membantu melaksanakan agenda kerajaan... selaku pemimpin di Pensiangan, saya akan memantau dan cuba menyelesaikan isu dan permasalahan yang timbul dan bawa ke pihak kerajaan," katanya.

-- BERNAMA