Manifesto BN Perak Bersifat Inklusif, Realistik - Zambry

IPOH, 28 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak sudah mula merangka manifesto bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bersifat inklusif dan realistik untuk rakyat, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata beberapa mesyuarat dan perbincangan awal telah diadakan untuk menyediakan manifesto itu.
"Akan ada manifesto BN di peringkat kebangsaan, namun dalam masa yang sama, ia (manifesto BN Perak) dalam konteks untuk negeri Perak. Jadi, akan ada manifesto di peringkat negeri," kata Zambry yang juga menteri besar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Malah, katanya BN Perak bercadang mengadakan manifesto bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
-- BERNAMA