Kerajaan Bertanggungjawab Sediakan Negara Yang Mempunyai Asas Kukuh - Najib
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinannya bertanggungjawab menyediakan Malaysia yang mempunyai asas kukuh dan boleh melonjak ke kedudukan lebih hebat apabila diserahkan kepada generasi akan datang.
Perdana Menteri berkata pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur antaranya sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT), keretapi berkelajuan tinggi (HSR), projek Taman Tugu Negara dan projek 'River Of Life' telah dimulakan sekarang untuk dimanfaatkan pada masa depan.
"Sebagai pemimpin,apa tanggungjawab kita? Ia adalah dengan menyediakan negara kita (dengan asas yang kukuh) and pass the torch to the next generation (menyerahkan kepimpinan kepada generasi akan datang).
"Apa yang kita bangunkan hari ini, cukup-cukup hebat untuk masa depan kita. Ini adalah tanggungjawab saya untuk menampilkan Malaysia yang kukuh untuk masa depan," katanya.
Najib berkata demikian dalam amanatnya sebelum menerima Kanvas Belia TN50 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, barisan Jemaah Menteri, pemimpin Barisan Nasional, duta-duta TN50 dan pelbagai kumpulan belia dan anak muda.
Jelas perdana menteri, kerajaan tidak akan membuat sesuatu dan menabur janji berbentuk populis semata-mata atau yang tidak boleh ditunaikan kerana kerajaan mengutamakan masa depan generasi muda.
"Apa yg kita lakukan melalui TN50 ini adalah untuk generasi baharu. Kita tidak tunggu untuk tahun 2050 baru kita laksanakannya tetapi kita buat mulai hari ni.
"Malah, belia sendiri mahu pembangunan mampan dan kita telah mulakan projek memindahkan tanaman ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
"Saya sendiri suka kota raya yang sungainya bersih dan indah,? katanya sambil menjelaskan sebab itu kerajaan mewujudkan projek ?River of Life' untuk faedah generasi akan datang.
Dalam kerancakan membangunkan negara, Najib berkata kerajaan tidak lupa pada aspek penjagaan alam sekitar.
Beliau juga berkata kerajaan ingin membina masyarakat yang prihatin pada nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan lebih bertamadun di masa akan datang berbanding sekarang.

-- BERNAMA