SPR Kelantan terima watikah pembubaran DUN Kelantan.
KOTA BHARU, 8 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan telah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan daripada pejabat Speaker Dewan.
Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata watikah itu yang ditandatangani oleh Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan diserahkan oleh pihak pejabat Speaker DUN Kelantan pada 3 petang semalam.
Fakrul Razi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat penyelarasan pilihan raya umum ke-14 di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
-- BERNAMA