Manifesto BN Sabah dilancar 22 April




KOTA KINABALU, 12 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifestonya pada 22 April, kata Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Dalam kenyataan di sini, Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, beliau mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti komponen BN negeri di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya hari ini, dan memutuskan supaya manifesto pilihan raya itu dilancarkan pada 10 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sabah di sini.

"Mesyuarat berlangsung dengan sangat baik, dalam suasana penuh mesra, Kami membincangkan pelbagai isu berkaitan pilihan raya umum akan datang sebagai sebuah keluarga, masing-masing menyatakan pandangan mereka.

"Kami bersatu padu dalam perjuangan kami dan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14," katanya.

-- BERNAMA