Tan sekali lagi berdepan dengan Dr Cheah di DUN Derga





ALOR SETAR, 16 April (Bernama) -- Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew, akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dengan sekali lagi berdepan dengan lawannya, Datuk Dr Cheah Soon Hai dari parti Gerakan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Bagi kerusi DUN Kota Darulaman, parti pembangkang Pakatan Harapan (PH) itu akan mempertaruhkan calon muka baharu berusia 28 tahun, Teh Swee Leong, yang juga setiausaha eksekutif DAP negeri.

Perkara itu diumumkan setiausaha agung parti berkenaan, Lim Guan Eng selepas merasmikan Pusat Operasi PRU14 DAP, DUN Derga, di sini hari ini.

Bulan lepas, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dilaporkan menyatakan parti itu mencadangkan Dr Cheah sebagai calon untuk kerusi DUN Derga.

Pada PRU13, 2013, Tan mengalahkan Dr Cheah dengan majoriti 1, 156 undi.

-- BERNAMA