Bendera parti mula hiasai jalan raya Labuan




LABUAN, 17 April (Bernama) -- Dalam tempoh semalaman, jalan raya di sini berubah wajah apabila parti politik memasang bendera dan kain rentang masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Semua pembahagi jalan dan bulatan menuju ke bandar ini dan kampung sekitarnya dihiasai dengan bendera pelbagai parti di negara ini.

Setakat ini, bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan begitu ketara mendominasi keseluruhan kawasan, manakala parti pembangkang, yang terdiri daripada PKR, Warisan dan PAS, tidak mahu ketinggalan melepaskan untuk sama-sama mempamerkan kehadiran mereka di pulau bebas cukai ini.

Seorang jurucakap pihak berkuasa tempatan berkata tiada sekatan dikenakan terhadap mana-mana parti politik untuk berbuat demikian, tetapi mereka perlu memastikan bendera yang dipasang, tidak mengganggu aliran trafik.

--BERNAMA