Bekas ADUN Mentakab mahu bertanding sebagai calon bebas
TEMERLOH, 17 April (Bermama) -- Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab Datuk Chua Boon Seong mahu bertanding kerusi itu sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Chua, 63, sebelum ini bertanding kerusi DUN Mentakab atas tiket Barisan Nasional (BN).
"Saya pernah menjadi ADUN Mentakab selama dua penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jadi saya ada rekod untuk dinilai pengundi," katanya di sini, hari ini.
Chua tewas kepada Tengku Zulpuri Shah Raja Puri daripada DAP dengan majoriti 1,544 undi.
-- BERNAMA