Senarai manifesto BN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menawarkan 65 inisiatif dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 yang memfokus kepada usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mewujudkan persekitaran bandar raya yang kondusif bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Pengerusi BN WP, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapan pelancaran berkata manifesto bertemakan 'Aspirasi Rakyat Agenda Kami', setebal 24 muka surat itu perlu diteliti secara bersama dengan 364 inisiatif terkandung dalam manifesto BN pusat.
Berikut merupakan inisiatif yang ditawarkan BN WP dalam manifesto yang diperincikan melalui lima teras utama yang dilancarkan hari ini.
Teras 1 - Wilayahku Maju: Ekonomi, peluang perniagaan dan pekerjaan.
1. Mengawal penglibatan warga asing yang bekerja dan berniaga di premis perniagaan milik DBKL/PPJ/PL
2. Menstruktur semula permohonan lesen perniagaan bagi memberi peluang kepada peniaga muda.
3. Penyusunan semula gerai-gerai penjaja supaya lebih teratur, seragam dan bersih.
4. Memperbanyakkan pusat jualan terus daripada pembekal dan pengedar.
5. Program padanan pekerjaan dan internship kepada 100,000 belia.
6. Melahirkan 10,000 usahawan foodtruck.
7. Memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan premis perniagaan kepada Bumiputera.
8. Menyediakan tiga pusat penyembelihan unggas berpusat dan berteknologi tinggi.
9. Mewujudkan 'startup business centre' dan 'digital business hub'
10. Memastikan pulangan maksimum bagi setiap pembangunan semula kampung baharu kepada pemilik atau pewaris
11. Membina sekurang-kurangnya 3,000 unit Rumawip/PPA1M/PPR/PA
12. Menganjurkan dua acara bertaraf antarabangsa setahun di WP Labuan untuk merangsang ekonomi
13. Mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat membeli-belah premium outlet dan sebuah gudang perabot berjenama antarabangsa
14. Halal hub Labuan dijadikan sebagai pusat pengagihan produk halal ke seluruh dunia
15. Penghantaran barangan dari Semenanjung Malaysia terus ke Labuan
16. Meningkatkan produk pelancongan seperti aktiviti scuba diving, snorkeling dan menggalakkan agro pelancongan
17. Labuan sebagai wilayah industri pertanian
Teras 2 - Wilayahku Sejahtera: Sosial dan Pendidikan
1. Memperluaskan kemudahan Tuisyen 1Wilayah.
2. RM50 juta untuk tabung pendidikan.
3. Pembangunan jati diri remaja dan pencarian Ikon Remaja Wilayah Persekutuan.
4. Memperluaskan kemudahan Kad Ceria.
5. Membenarkan kafe siber hanya beroperasi di kawasan terkawal.
6. Menyediakan geran tahunan kepada PIBG.
7. Menganjurkan majlis perkahwinan berkelompok percuma.
8. Meningkatkan penyertaan sukarelawan.
9. Menambah bilangan bas sekolah percuma kepada 12,000 pelajar di PPR dan PA.
10. Sasaran 80 peratus gelandangan mendapat pekerjaan dan kembali kepada komuniti.
Teras 3 - Wilayahku Selesa: Perumahan dan Penyelenggaraan
1. Penyediaan dana RM50 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan di 'common property' melalui Tabung Penyelenggaraan 1Wilayah untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah swasta.
2. Menambah kemudahan Orang Kelainan Upaya, mesra warga emas dan ibu mengandung.
3. Membina 20,000 unit Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) untuk golongan pertengahan.
4. Menambah bilangan perumahan awam untuk disewakan, meliputi 'council home', rumah transit dan rumah belia.
5. Melaksanakan konsep 'rent-to-own' untuk menggalakkan pemilikan perumahan bagi skim Projek Perumahan Rakyat (PPR).
6. Menyediakan tadika, taska dan tabika di skim perumahan RUMAWIP/PPR/perumahan awam (PA)/Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
7. Membangunkan semula kawasan perumahan, pasar awam, pasar besar dan menaik taraf masjid/surau yang usang.
8. Menyediakan kawasan rekreasi di kawasan terbiar.
9. Menaik taraf atau mengganti lif usang serta memasang CCTV dalam lif dan ruangan lobi PPR dan PA.
10. Menyelaraskan semula unit Rumah Ibadah Bukan Islam
11. Pembukaan baru tanah perkuburan Islam
12. Menyediakan ruang pengurusan jenazah bukan Islam (Laman Kenangan) di kawasan perumahan PPR dan PA yang bersesuaian
Teras 4 - Wilayahku Aman : Mewujudkan kejiranan yang selamat dan meningkatkan tahap kesihatan
1. Pelaksanaan ke arah memusatkan aktiviti hiburan di zon tertentu
2. Memberi insentif bagi menggalakkan pembangunan kejiranan berpagar dan berpengawal
3. Memastikan penggunaan produk biodegradasi untuk kelestarian alam sekitar
4. Memperluaskan penggunaan sistem pemantauan bandar selamat di kawasan hotspot jenayah dan taman-taman perumahan, termasuk di kawasan perumahan elit
5. Menyediakan sistem amaran awal banjir
6. Memasang 10,000 tiang lampu LED di taman-taman awam, jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan awam
7. Membenarkan pembinaan pagar di kawasan perumahan Putrajaya
8. Membanteras kewujudan koloni warga asing melalui operasi bersepadu secara berkala
9. Menambah bilangan kemudahan transit bagi waris pesakit warga Wilayah Persekutuan yang mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur dan Putrajaya
10. Sifar warga asing menduduki unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA)
11. Menyediakan ruang untuk pusat jaya diri di kawasan perumahan PPR dan PA
Teras 5 - Wilayahku Ceria: Prasarana
1. Memperluaskan perkhidmatan 'feeder bus' dari kawasan perumahan ke stesen LRT dan MRT
2. Menyediakan 'water taxi' di bawah projek River of Life.
3. Memperbanyakkan parkir bertingkat terutama di kawasan perumahan.
4. Membina tambahan 30 kilometer laluan pejalan kaki berbumbung termasuk perhentian bas dan teksi
5. Menaik taraf jaringan dan capaian internet berkelajuan tinggi secara percuma di kawasan Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam.
6. Menambah laluan khas berbasikal
7. Menaik taraf sistem perparitan di kawasan hotspot banjir di Kuala Lumpur.
8. Membina jalan penghubung sebagai jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.
9. Menambah tong sampah kitar semula bagi tujuan mengurangkan 50 peratus sisa pepejal dan meningkatkan kekerapan kutipan sampah domestik.
10. Memperluaskan perkhidmatan bayaran secara online bagi setiap perkhidmatan PBT
11. Menambah parkir bertingkat di kawasan kuarters, bangunan pentadbiran dan perniagaan.
12. Menambah sistem pengangkutan awam melalui kaedah-kaedah bersesuaian dan lebih efektif.
13. Menggantikan paip air yang usang di Wilayah Persekutuan Labuan.
14. Membina jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok, Sabah untuk merancakkan ekonomi dan pembangunan di Labuan.
-- BERNAMA