UTC ditutup sempena Pilihan Raya Umum




KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan ditutup sepenuhnya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu iaitu 9 Mei, 2018, demikian pengumuman oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Ia akan mula beroperasi semula pada 10 Mei, 2018 (Khamis) seperti biasa, katanya dalam satu kenyataan.

UTC merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.

-- BERNAMA