Mahathir 'diperkudakan' DAP - Najib
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya "diperkudakan" oleh DAP untuk memecah-belah undi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan yang dilakukan menampakkan seolah-olah DAP baik terhadap masyarakat Melayu.
"Saya perhati Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah-belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.
"Hakikatnya, mana ada DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam" Dr Mahathir sendiri cakap DAP Anti-Melayu dan AntiIslam #CakapTakSerupaBikin," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, hari ini.
-- BERNAMA