PH pertaruh 40 calon di Terengganu bagi PRU14
KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Terengganu mempertaruhkan 40 calon terdiri dari gabungan muka baharu dan berpengalaman untuk berdepan parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman senarai calon itu dibuat di sini, hari ini oleh Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail, yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
Pada PRU kali ini, PH turut menampilkan dua calon wanita daripada PKR iaitu Sharifah Norhayati Syed Omar di DUN Telemong dan Fatimah Lailati Omar di DUN Bukit Tunggal.
Bagi kerusi DUN, 11 calon adalah daripada PKR, 11 daripada Amanah dan 10 daripada PPBM.
Calon lain bagi kawasan DUN terdiri daripada Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut); Tengku Roslan Tengku Othman @ Tengku Ramli (Kota Putera); Datuk Dr Kamarulzaman Wan Su (Jertih), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut); Abd. Aziz Abas (Jabi), Wan Mokhtar Wan Ibrahim (Permaisuri) dan Mustaffa Abdullah (Langkap).
Selain itu Amir Long (Batu Rakit); Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepoh); Azik Chik (Buluh Gading); Abu Bakar Abdullah (Seberang Takir); Zubir Mohamed (Wakaf Mempelam); Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang); Ahmad Sabri Ali @ Mamat (Alor Limbat); Mohd Dalizan Abd Aziz (Bukit Payong) dan Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan).
Calon lain ialah Hafizuddin Hussin (Manir); Mohd Nor Othman (Kuala Berang); Zamani Mamat (Ajil); Mohamad Arif Ariffin (Bukit Besi); Mohammad Padeli Jusoh (Rantau Abang); Zulkifli Ali (Sura); Mohd Hasbie Muda (Paka); Rizan Ali (Kemasik); Datuk Seri Wan Marzuki Wan Embok (Kijal); Husain Safri Muhammad (Chukai) dan Mohd Zukri Aksah (Air Putih).
Pengerusi PH negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad diumumkan akan bertanding di kawasan DUN Batuk Buruk dan Parlimen Kuala Terengganu manakala Dr Zarawi Sulong daripada Amanah di DUN Rhu Rendang dan akan mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi di kawasan Parlimen Marang.
Calon bagi enam lagi kerusi Parlimen ialah Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut), Datuk Dr Mohd Fauzi Musa (Setiu), Abdullah Muhamad (Kuala Nerus), Datuk Razali Idris (Hulu Terengganu), Abd Rahman Yusof (Dungun) dan Mohd Huzaifah Md. Suhaimi (Kemaman).
-- BERNAMA