Hampir kesemua calon BN Johor bakal hadapi saingan sengit
JOHOR BAHRU, 28 April (Bernama) -- Hampir kesemua calon Barisan Nasional (BN) di Johor ?tidak melalui laluan senang? dan bakal berdepan lebih dua calon bagi merebut 26 kerusi parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN Johor sendiri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadapi cabaran getir dalam pertandingan empat penjuru bagi mempertahankan kerusi DUN Permas. Beliau ditentang oleh Datuk Che Zakaria Mohd Salleh (PKR-PPBM), Ab Aziz Abdullah (PAS) dan calon bebas Rohani Yaacob.
Bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, Mohamed Khalid yang juga Menteri Besar juga menghadapi saingan empat penjuru apabila berdepan dengan Pengerusi PKR negeri Hassan Abdul Karim, Ab Aziz Abdullah (PAS), dan Chee Jock (BEBAS).
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam pula bakal mempertahankan kerusi Parlimen Segamat dalam pertandingan tiga penjuru. Beliau ditentang oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dari PAS dan Datuk Seri R. Santhara Kumar dari PKR.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dijangka bertemu ?seteru lama? dalam pertandingan satu lawan satu bagi Parlimen Sembrong yang menyaksikan beliau dicabar Penyelaras PKR Parlimen Sembrong, Onn Abu Bakar yang juga cucu pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar.
Pertembungan Onn yang merupakan Ketua PKR Cabang Putrajaya adalah kali kedua selepas PRU13 yang menyaksikan Hishammuddin menewaskan Onn dengan majoriti 10,631 undi.
Di kerusi Parlimen Pagoh pula menyaksikan Presiden PBBM yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal bertemu ?anak didiknya, Ismail Mohamed bagi calon BN
Bagaimanapun, permohonan serta Ahmad Nawfal Mahfodz dari parti PAS.
Calon Pakatan Harapan dari PPBM Pizi Jihat untuk kerusi DUN Bukit Pasir ditolak apabila didapati statusnya masih bankrap oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Zainor Adani.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sah tidak bertanding sebagai calon BEBAS untuk kerusi Parlimen Batu Pahat sekaligus menolak khabar angin yang mengatakan dia mahu bertanding sebelum ini.
Mohd Puad yang pernah menjadi Anggota Parlimen Batu Pahat selepas berjaya menewaskan calon PAS Muhammad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,968 undi pada 2008 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu apabila kalah kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.
Beliau yang digugurkan sebagai calon BN itu, digantikan oleh Haliza Abdullah, Ketua Wanita UMNO Batu Pahat yang menghadapi saingan daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran bekas Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang turun padang menyokong calon-calon BN yang bertanding di Parlimen Sembrong termasuk Hishammuddin, Teoh Yap Kun (DUN Paloh) dancalon DUN Kahang R.Vidyananthan.
Selain itu, bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Munsyi Ibrahim Habibah Rahman walaupun berkerusi roda turut sama-sama turun memberi sokongan kepada penyandang kerusi kawasan Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Meskipun mengalami sakit saraf sejak setahun dulu, beliau yang berusia 73 tahun, tetap turun padang untuk memberikan semangat kepada parti keramat itu.
-- BERNAMA