Aplikasi 'HebatkanNegaraku' berasaskan teknologi
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Orang ramai kini boleh mengikuti aktiviti kempen pemimpin Barisan Nasional (BN) menerusi aplikasi 'HebatkanNegaraku' yang berasaskan teknologi 'Augmented Reality'.
Penerangan lanjut termasuk clip video mengenai aplikasi itu dan cara-cara memuat turun aplikasi tersebut boleh diikuti di laman Facebook dan Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kini lebih mudah untuk saudara saudari #HebatkanNegaraku dari telefon bimbit menggunakan teknologi Augmented Reality. Ayuh #BersamaBN ! #PRU14, " katanya dalam catatan terbaharu beliau di kedua-dua laman sosial itu.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
-- BERNAMA