Kempen BN Melaka untuk menangi hati rakyat




Oleh Fadzli Ramli

MELAKA, 3 Mei (Bernama) -- Apabila membicarakan tentang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perkara pertama yang terlintas dalam fikiran ialah ceramah mega yang diadakan di merata tempat yang menampilkan nama-nama terkenal, dan apa yang mereka dan parti mereka boleh lakukan untuk rakyat.

Kali ini kempen sedemikian dijalankan oleh Pakatan Harapan (PH) tetapi gabungan Barisan Nasional (BN) hanya memberi tumpuan kepada pendekatan sentuhan peribadi melalui "ceramah umum " mini yang dihadiri sekitar 20 orang setiap sesi.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron juga tidak ketinggalan turun untuk bertemu rakyat setiap malam di daerah-daerah di kawasan parlimen Tangga Batu dengan menjelaskan isu-isu semasa dan apa yang BN boleh dan akan lakukan untuk rakyat.

"Saya membahagikan peranan saya kepada dua, membantu rakan-rakan BN di ceramah umum dan kemudian kembali ke kawasan saya untuk menghadiri perjumpaan berkumpulan selain mengadakan banyak sesi bertemu rakyat yang penting bagi calon BN untuk memberi sentuhan peribadi. Setakat ini, semuanya baik," kata beliau.

Sekarang, kerajaan barisan Nasional sentiasa bersama rakyat, baik semasa senang atau susah , " kata Idris yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri Sungai Udang.

Sesi bertemu dengan rakyat setiap hari menjadi rutin bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang akan bertanding di kerusi parlimen Masjid Tanah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang bertanding bagi kerusi parlimen Hang Tuah Jaya.

Dilahirkan di Bukit Katil di sini, Mohd Ali beliau akan memastikan kawasan kelahirannya tidak mengalami kegelapan lagi untuk lima tahun akan datang apabila Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR memenangi kerusi itu.

Sementara itu, menurut pengarah pilihan raya PH Melaka, Mohd Rafiq Naizamohidden , kempen pembangkang berjalan mengikut rancangan dan isu terbesar yang dihadapi melibatkan pengundi Taman One Krubong di sini membantah laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi ( HSR) melalui kawasan perumahan mereka.

Sebanyak 73 rumah akan terlibat dan penduduk di sana tidak membantah HSR secara keseluruhan tetapi mereka bimbang projek itu akan menyebabkan kesulitan kepada mereka apabila kerja-kerja menanam cerucuk bermula, yang boleh menyebabkan rumah mereka mengalami kerosakan dan terpaksa berdepan bunyi bising dan pencemaran debu dan akhirnya terdedah kepada radiasi elektromagnetik.

Selain HSR, PH dalam ceramah meganya tidak terlepas membangkitkan isu seperti 1MDB, rasuah, Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) dan bagaimana mengundi mereka dapat menyelamatkan Malaysia. Kehadiran tokoh-tokoh dalam Pakatan Harapan seperti Dr Mahathir dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dijadualkan di Melaka Jumaat ini.

Walaupun bahang politik mula terasa, perang poster antara parti-parti politik belum bermula sepenuhnya di negeri ini.

Jentera BN ialah yang terbaik dalam memasang poster dan bendera BN di merata tempat sedangkan PH dan PAS masih ketinggalan. Kempen dalam enam hari pertama berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku, menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata hanya lima kertas siasatan dibuka melibatkan insiden kecil berkaitan merosakan bendera dan poster.

Melaka mempunyai 28 kerusi DUN dan enam kerusi parlimen.

-- BERNAMA