Koh guna pengalaman sebagai ketua kampung dekati pengundi
TAMPIN, 4 Mei (Bernama) -- Pengalaman aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Sheng Deng selain memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Baru Tampin, Koh Kim Swee yakin pengalaman luas yang dimilikinya itu dapat membantunya menawan hati pengundi di Repah.
Koh, muka baharu yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, pada Pilihan Raya Umum ke-dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Sheng Deng selain memegang jawatan sebagai Ketua Kampung Baru Tampin, Koh Kim Swee yakin pengalaman luas yang dimilikinya itu dapat membantunya menawan hati pengundi di Repah.
"Saya lahir dan membesar di sini dan orang pun dah kenal saya. Selain itu saya juga seorang ahli perniagaan dan pertubuhan kebajikan yang saya asaskan pun sebelum ini telah menemukan saya dengan golongan sasaran dan ini memudahkan kerja saya untuk berkempen. Namun saya tidak ambil mudah.
"Di Repah, saya kena kerja keras untuk memenangi hati pengundi kerana di sini tiada masalah-masalah besar, kalau ada pun hanya isu tempatan seperti lampu jalan dan sebagainya. Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah menyelesaikan pelbagai masalah besar yang dihadapi penduduk selain membawa banyak pembangunan di sini," katanya ketika ditemui Bernama di Bilik Gerakan MCA Repah, di sini.
Koh, 47, anak jati Repah berkata setakat ini pengundi warga emas adalah kumpulan yang mudah didekati dan menerima dirinya berbanding pengundi muda yang melihat semata-mata kepada lambang atau parti tertentu.
"Apa yang saya lihat sekarang, sasaran pengundi adalah daripada masyarakat India, walaupun jumlah mereka paling sedikit berbanding Melayu dan Cina, tetapi undi mereka yang akan menentukan kemenangan calon," katanya.
Sementara itu, Shaziman yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Tampin selama empat penggal sejak 1999, berkata beliau yakin DUN Repah akan mampu dimenangi semula memandangkan calon yang diketengahkan BN kali ini merupakan calon yang disukai rakyat.
"Repah akan pergi kepada BN kerana pertandingan tiga penjuru ini akan memberi kelebihan kepada kami. Walaupun masih dalam tempoh awal berkempen, jentera parti sentiasa menambah baik gerak kerja dari hari ke hari dan berusaha menemui pengundi seramai yang mungkin," katanya.
DUN Repah di bawah Parlimen Tampin memiliki seramai 19,742 pengundi.
Pada PRU14, Koh berdepan dengan penyandang S. Veerapan daripada DAP dan Abdul Razakek Abdul Rahim daripada PAS.
Pada PRU lepas, DUN Repah dimenangi Veerapan dengan majoriti 1,944 undi, mengalahkan Yap Seong Fook daripada BN dan calon Bebas Fadzil A. Bakar.
-- BERNAMA