BN Setiawangsa santuni anggota RELA
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seramai 200 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Parlimen Setiawangsa diraikan Barisan Nasional (BN) malam ini.
Dalam majlis Ramah Mersa Anggota RELA, calon BN bagi kawasan parlimen itu Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique berkata kerajaan BN sentiasa menghargai peranan dan kepentingan anggota RELA.
"Malah, peranan RELA ini mampu menjayakan manifesto BN Setiawangsa yang merangkumi empat teras iaitu, keselamatan; infrastuktur; kesihatan dan sosial." katanya ketika berucap pada majlis itu, di Dewan Laman Bestari AU3, di sini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah RELA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (PPjKR) Ahmad Faiz Abdullah dan Pegawai Rela Daerah Sentul, Penolong Pesuruhjaya RELA (PPjR) Mohd Alif Mamat.
Kira-kira 200 anggota RELA Setiawangsa diraikan dalam majlis itu.
Zulhasan yang pernah menjadi Ahli Parlimen Setiawangsa pada 2004 hingga 2013, membuat penampilan semula bertanding di Parlimen itu menggantikan penyandang Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN).
Pada PRU14, Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Zulhasnan (BN) menentang calon PKR-Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan calon PAS, Ubaid Abdul Akla.
-- BERNAMA