Penerimaan golongan muda ke dalam UMNO masih baik - Ahmad Bashah
ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Penerimaan golongan muda untuk menyertai UMNO kini adalah semakin baik yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap parti keramat itu tidak hilang seperti dakwaan pembangkang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata golongan itu tahu hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya mampu membela nasib mereka sejak sekian lama dan bukannya parti lain yang hanya menjanjikan ?bulan dan bintang.
"Mereka sedar pembangkang sebenarnya hanya menabur janji sahaja dan bukannya mampu untuk melakukan seperti yang mereka inginkan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan borang kemasukan UMNO di Kampung Gunung Sali, di sini, malam ini.
Seramai kira-kira 52 orang yang terdiri golongan muda menyerahkan borang berkenaan kepada Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
-- BERNAMA