LITRAK tawar diskaun tol LDP, SPRINT sempena PRU14
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT masing-masing akan diberi diskaun 10 peratus dan 10 sen bagi bayaran tol bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.
Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) Shah Rizal Mohamed Fawzi dalam kenyataan hari ini berkata diskaun tol itu akan dinikmati bermula 12 tengah malam ini dan berakhir pada 11.59 malam esok (9 Mei).
"Diskaun tol di LDP diberi kepada pengguna kenderaan kelas 1 sahaja (kereta atau kenderaan dua gandar), manakala diskaun tol di Lebuh Raya SPRINT pula ditawarkan untuk semua jenis kenderaan," katanya.
-- BERNAMA