BN Labuan sumbang satu kerusi Parlimen
File Bernama
LABUAN, 9 Mei (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN-UMNO) Labuan Datuk Rozman Isli mempertahankan kerusi Parlimen Labuan yang ditandinginya dalam saingan empat penjuru dengan kelebihan undi sebanyak 1, 450 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Rozman memperoleh 10,164 undi mengalahkan calon parti Warisan Noor Halim Zaini yang memperoleh 8, 714, Ahmad Junid Mohd Aling daripada PAS (1, 555) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah Siti Zaleha S.W. Ibrahim (925).
Labuan mempunyai pemilih berdaftar seramai 28, 356 berbanding 24, 474 pada PRU13.
Pada PRU13, Rozman menang dengan majoriti 6,625 undi mengalahkan calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin (6,069) dan calon PAS Hadnan Mohamad (386) .
-- BERNAMA