Dr Mahathir menang di Parlimen Langkawi





LANGKAWI, 9 Mei (Bernama) -- Calon PKR Tun Dr Mahathir Mohamad memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi selepas menewaskan calon-calon BN dan PAS.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (PAS) yang menerima 5,512 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Muhamad Arof Darus berkata seramai 35,131 pemilih di kawasan itu mengundi hari ini yang mewakili 82.6 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar di sini.

Undi rosak yang dicatatkan adalah sebanyak 604.

-- BERNAMA