Shafie Apdal minta penyokongnya di Sabah bertenang





KOTA KINABALU, 9 Mei (Bernama) -- Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penyokong semua parti politik di Sabah, supaya bertenang berikutan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang masih diumumkan.

Beliau menyeru penyokongnya supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

"Bertenang dan bersabar. Jangan buat sebarang tindakan (yang bertentangan dengan undang-undang)," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini, malam ini.

Beliau berkata difahamkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan kiraan semula undi di beberapa kerusi di Sabah dan sebab itu belum diumumkan keputusan rasminya.

-- BERNAMA