Pakatan Harapan bentuk kerajaan negeri Pulau Pinang




GEORGE TOWN, 10 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang apabila memperoleh majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 1.30 pagi ini, Pakatan Harapan mendapat 34 kerusi, BN dua kerusi dan PAS satu kerusi.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 kerusi Parlimen.

Menurut laman web rasmi SPR, dua kerusi DUN yang dimenangi BN ialah Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala satu kerusi PAS ialah Penaga.

Bagi kerusi Parlimen pula, setakat pukul 1.30 pagi ini, Pakatan Harapan menang di 11 kerusi manakala BN hanya menang di Kepala Batas.

-- BERNAMA