Tiada parti peroleh majoriti mudah di Perak




IPOH, 10 Mei (Bernama) -- Tiada mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 di Perak yang memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam satu sidang media di Putrajaya, Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Khalidin berkata Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM, and Amanah menang 29 kerusi daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) mendapat 27 kerusi manakala PAS (tiga).

Untuk membentuk kerajaan, majoriti mudah yang diperlukan adalah 30 kerusi DUN.

-- BERNAMA