Pakatan harapan menang 37 kerusi DUN, tubuh kerajaan Negeri di Pulau Pinang




GEORGE TOWN, 10 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan menang dengan majoriti lebih dua pertiga di Pulau Pinang apabila memperoleh 37 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan PKR, DAP, PPBM turut menang di 11 daripada 13 kerusi Parlimen di negeri itu.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 kerusi Parlimen.

DAP menang di semua 19 kerusi DUN yang ditandingi parti itu iaitu Padang Kota; Pengkalan Kota; Komtar; Bagan Jermal; Bagan Dalam; Sungai Puyu; Datok Keramat; Pulau Tikus; Air Putih; Tanjong Bunga; Perai; Jawi; Sungai Pinang; Batu Lancang; Seri Delima; Air Itam; Paya Terubong; Berapit; dan Padang Lalang.

PKR pula menang di Pinang Tunggal; Telok Ayer Tawar; Seberang Jaya; Penanti; Machang Bubuk; Bukit Tengah; Bukit Tambun; Sungai Bakap; Sungai Acheh; Kebun Bunga; Batu Uban; Pantai Jerejak; Batu Maung; dan Pulau Betong.

PPBM pula menang di Bertam dan Teluk Bahang manakala Amanah di Permatang Pasir dan Bayan Lepas.

Barisan Nasional (BN) pula menang di Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala PAS menang di Penaga.

Bagi kerusi Parlimen, DAP menang di Tanjong; Bukit Bendera; Bagan; Bukit Gelugor; Jelutong; Batu Kawan; dan Bukit Mertajam manakala PKR di Permatang Pauh; Nibong Tebal; Bayan Baru; dan Balik Pulau.

Dua kerusi Parlimen yang dimenangi BN ialah Kepala Batas dan Tasek Gelugor.

-- BERNAMA