PRU14: BN bentuk kerajaan negeri di Perlis




KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat baharu untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis.

Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 1 pagi, BN menang sembilan kerusi dewan undangan negeri (DUN), mengatasi simple majoriti lapan kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

BN memenangi kerusi di Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Mata Ayer, Santan, Bintong, Kayang, Pauh dan Simpang Empat.

-- BERNAMA