Saifuddin Nasution rampas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu




KULIM, 10 Mei (Bernama) -- Calon PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail merampas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila menewaskan penyandangnya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN) dan calon PAS, Abdul Hassan Razak.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Fauzi Mustaffa ketika mengumumkan keputusan berkata Saifuddin Nasution yang menang dengan majoriti 4,860 undi memperolehi 23,159 undi manakala Abdul Aziz, 18,299 undi dan Abdul Hassan 12,885 undi.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu pula calon BN, Datuk Norsabrina Mohd Noor berjaya mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 377 undi apabila memperolehi 7,884 undi menewaskan Datuk Azimi Daim (PKR-PPBM) yang mendapat 7,507 undi dan calon PAS, Rohaizat Jaafar 7,506 undi.

"Bagi DUN Kulim pula, Yeong Keng Chuan dari PKR memperoleh 13,070 undi menewaskan calon BN-MCA Chua Thiong Gee yang mendapat 9,275 undi, Mohd Khairi Mohd Salleh (PAS) 9,080 undi dan Lee Ah Leong (PRM) 34 undi dengan majoriti keseluruhan 3,379 undi," katanya.

-- BERNAMA