Rombongan Istana Negeri Sabah Temui Shafie
KOTA KINABALU, 12 Mei (Bernama) -- Rombangan Istana Negeri Sabah berjumpa dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu di Luyang, dekat sini, petang ini.
Rombongan itu tiba kira-kira 2 petang dan mengadakan perjumpaan dengan Mohd Shafie selama kira-kira 30 minit, sebelum wakil istana itu meninggalkan kediaman berkenaan.
Bagaimanapun, tujuan perjumpaan itu tidak diketahui.
Tengah hari tadi, Mohd Shafie memberitahu beliau belum dimaklumkan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah baharu pada malam ini di Istana Negeri Sabah
Mohd Shafie berkata pihaknya masih menunggu panggilan daripada Istana Negeri Sabah.
-- BERNAMA