Mesyuarat PBB Rabu ini tentukan hala tuju parti - Awang Tengah





KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat menentukan hala tuju parti itu Rabu depan, dengan dihadiri semua anggota Majlis Kerja Tertinggi PBB, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

"Sebarang keputusan tunggu sahaja Rabu ini," katanya ringkas ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden PBB, merasmikan Persidangan Antarabangsa Infrastruktur ICT dan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 2018.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu melibatkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional serta penyertaan bersama Pakatan Harapan, beliau meminta media agar menunggu keputusan pada hari tersebut.

-- BERNAMA