Senarai Berita

JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai tidak mempunyai pendirian tetap apabila masih berteka-teki sama ada beliau kekal bertanding di Johor atau meninggalkan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


BAGAN DATUK, 20 April (Bernama) -- Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada Barisan Nasional (BN) dijangka sengit apabila menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUCHING, 20 April (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau amat yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan 'orang politik' yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), untuk berpolitik secara matang.


LABUAN, 20 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah merekodkan seramai 28,356 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Labuan dan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.


KOTA BHARU, 20 April (Bernama) -- Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sah bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih perlu segera menghantar semula kertas undi ke Pegawai Pengurus pusat mengundi masing-masing bagi memastikan ia diterima sebelum 5 petang pada 9 Mei.


MELAKA, 20 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Melaka tidak mahu memberi tekanan terhadap pucuk kepimpinan tertinggi parti dalam soal pemilihan calon BN di Melaka bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.


BANTING, 20 April (Bernama) -- Seperti dijangka, PKR mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pakatan pembangkang Selangor yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14, dengan diperuntukkan 21 kerusi.


KUALA NERUS, 20 April (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersama-sama empat calon lain termasuk pakar motivasi Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.