Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- MIC berjaya mendaftarkan kira-kira 10,000 pengundi baharu di seluruh negara dalam tempoh tiga minggu.
IPOH, 28 Mei (Bernama) -- MIC berhasrat untuk terus bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berdasarkan persetujuan yang disuarakan pimpinan parti di peringkat pusat.
CAMERON HIGHLANDS, 28 Mei (Bernama) -- Tindakan pemimpin dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar parti sejak kebelakangan ini membuktikan PPBM tidak mempunyai hala tuju dan perjuangan politik yang jelas, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.
BUKIT MERTAJAM, 28 Mei (Bernama) -- UMNO Pulau Pinang pelik dengan tindakan kerajaan negeri mahu berhutang dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion.
KOTA KINABALU, 27 Mei (Bernama) -- Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan 'Harapan' untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.
IPOH, 26 Mei (Bernama) -- Lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa hari ini.
GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyelesaikan segera siasatan berhubung status DAP sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.