Senarai Berita
KUCHING, 4 Jun (Bernama) -- Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak diminta memberi sokongan dan taat setia kepada keputusan pucuk kepimpinan dalam menetapkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, 4 Julai ini.
SANDAKAN, 4 Jun (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan parti pembangkang yang hanya mahu memperdaya bagi meraih sokongan mereka.
JOHOR BAHRU, 3 Jun (Bernama) -- Pas akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Kepong sekiranya parti komponen BN di kawasan berkenaan bekerjasama dan bersatu.
BALIK PULAU, 1 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti oleh anggotanya khususnya di Perak yang tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.
KOTA BHARU, 1 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri walaupun penyandangnya dari UMNO dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Logo rasmi Pakatan Harapan akan diumumkan pada Jumaat depan (9 Jun) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
SHAH ALAM, 31 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini didesak memberi penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang didakwa telah mencemarkan kesucian masjid apabila memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, Rabu lalu.
KOTA BHARU, 31 Mei (Bernama) -- PAS menasihatkan mana-mana pihak terutama anggota Parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik walaupun dibenarkan menziarah.
LAHAD DATU, 31 Mei (Bernama) -- Pembangunan yang disuntik di Sabah khususnya di Lahad Datu begitu dirasai di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti UMNO dengan berusaha membawa masuk kemudahan infrastruktur termasuk perhubungan jalan raya, bekalan air dan elektrik.