Senarai Berita
PUTRAJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat terhadap wartawan yang membuat liputan di situ.
KUALA LUMPUR, May 18 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun ditengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau sejak 48 jam yang lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.
KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan Terengganu perlu menggunakan pendekatan lebih beradab jika berhajat menjalin kerjasama dan meminta sesuatu daripada kerajaan pusat, kata Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.
JITRA, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas melaksanakan langkah-langkah pembersihan sejak menerajui Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum pada 9 Mei dan satu perkara yang pasti ialah beliau tidak akan menyembunyikan apa-apa salah laku dalam pentadbiran yang lalu.
ALOR SETAR, 17 Mei ( Bernama) -- Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah, Selasa ini.
GEORGE TOWN, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mulakan rundingan dengan syarikat konsesi dan agensi kerajaan berkaitan bagi mempercepatkan tempoh pelaksanaan beberapa projek mega di negeri ini.
SEMPORNA, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung saman difailkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini kepadanya serta Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
KOTA BHARU, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengumumkan portfolio bagi menteri besar, timbalan menteri besar dan sembilan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.