Senarai Berita

KUALA PILAH, 23 Mei (Bernama) -- Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan hari ini.


ALOR SETAR, 22 Mei (Bernama) -- Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan lapan daripadanya muka baharu, mengangkat sumpah jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini.


PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin kebijaksanaan dan pengalaman Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sebelum ini mampu membawa Malaysia kembali disegani selepas ini.


ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Polis Kedah membuka 37 kertas siasatan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula dari hari penamaan calon pada 28 April lepas hingga hari pengundian pada 9 Mei lepas.


IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dijangka mengumumkan portfolio 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selewat-lewatnya Rabu ini.


SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan bagi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


PEKAN, 20 Mei (Bernama) -- Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, buat pertama kali 'meluahkan rasa hati' di khalayak ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.


Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 20 Mei (Bernama) -- Kejayaan luar biasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini memberi semangat kepada para penyokong bekas perdana menteri Thailand Chuan Leekpai untuk melihat pemimpin pujaan mereka itu melakar kejayaan serupa.


SHAH ALAM, 20 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan kenyataan rasmi pagi esok berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.


GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- Tidak ada sebarang pertindihan tugas di antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan, kata Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan.