Senarai Berita
PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengambil langkah untuk mengurangkan pembaziran wang termasuk menamatkan perkhidmatan kira-kira 17,000 penjawat awam berstatus kontrak kerana merupakan pelantikan politik daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.
KOTA BHARU, 16 Mei (Bernama) -- PAS menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap beliau boleh memberi sumbangan yang baik kepada politik negara.
MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Melaka di bawah Pakatan Harapan (PH) akan memastikan pelaburan asing dan tempatan yang dibawa masuk ke negeri ini akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.
KUANTAN, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berazam untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan negeri dengan melonggarkan kekangan birokrasi berhubung beberapa perkara tertentu.
SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Menyelesaikan masalah banjir serta banjir kilat, menaik taraf sistem institusi pendidikan negeri dan pembangunan keluarga antara perancangan kerja lima anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baru dilantik menerusi portfolio masing-masing.
PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima anggota daripada parti yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
KUALA NERUS, 16 Mei (Bernama) -- Rakyat Terengganu diharap dapat bersabar dalam meletakkan harapan supaya PAS menunaikan janji sepertimana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Seramai 16 bekas anggota UMNO telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan mereka untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan dalam tempoh ditetapkan.
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini, kini bebas sepenuhnya daripada sebarang pertuduhan dan boleh terlibat dalam politik, kata peguamnya R. Sivarasa.
GEORGE TOWN, 16 Mei (Bernama) -- Lima muka baharu dilantik menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang bagi penggal kali ini.