Senarai Berita
KUALA NERUS, 10 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak munasabah dan mengarut.
KOTA KINABALU, 10 Mac (Bernama) -- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau belum menerima sebarang notis mengenai pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula sejak 5 Mac lepas.


KOTA KINABALU, 9 Mac (Bernama) -- Beberapa pemimpin politik dan persatuan di Sabah menyifatkan manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dibentangkan malam tadi sebagai tidak realistik dan hanya angan-angan.


PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
SHAH ALAM, 9 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Selangor dilihat masih sukar memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila terpaksa memanjangkan tempoh rundingan susulan enam daripada 56 kerusi itu masih menjadi rebutan empat parti.