Senarai Berita

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor akan mengadakan pemeriksaan keselamatan ke atas semua pusat mengundi dan pengiraan undi di negeri ini bermula Isnin depan, sebagai langkah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.


PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentangkan di Dewan Rakyat sahaja dan tidak perlu ke peringkat Dewan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Setelah sembilan tahun dikuasai pembangkang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu jentera Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) walaupun mengaku ada 'disunting' beberapa pihak untuk berbuat demikian.


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan mempunyai kemampuan untuk menguruskan hutang negara dengan baik dan ia mendapat pengiktirafan badan-badan penarafan antarabangsa.


SUNGKAI, 11 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi mengembalikan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


GEORGE TOWN, 11 Mac (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


KOTA BELUD, 11 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan keselamatan sentiasa terjamin semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan diadakan bila-bila masa.


KULIM, 11 Mac ( Bernama) -- Kepimpinan dan jentera Barisan Nasional ( BN) Kedah tidak gusar sama sekali untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat ini.


PONTIAN, 11 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Benut Datuk Ir Hasni Mohammad akan menjadikan usaha membangunkan sekolah menengah agama berasrama penuh Ibnu Khaldun di Parlimen Pontian sebagai fokus utamanya agar ia dapat direalisasikan.