Senarai Berita
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Mereka yang layak menjadi pengundi tetapi tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi atau merancang untuk merosakkan undi, boleh mengakibatkan kerosakan teruk terhadap proses pengundian dan amalan demokrasi di negara ini.
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) --Tindakan pemimpin Pakatan Harapan menemui 14 duta dan tiga wakil negara Kesatuan Eropah (EU) menggambarkan pembangkang tidak peka dan prihatin dengan masalah yang menimpa pekebun sawit susulan tindakan EU memboikot produk berasaskan minyak sawit.
CAMERON HIGHLANDS, 29 Jan (Bernama) -- Gerak kerja jentera MIC Cameron Highlands kini semakin rancak dengan lebih memfokuskan kepada pengurusan mikro iaitu mendekati pengundi dengan lebih telus, menerima kritikan dan pada masa yang sama mencari puncanya.
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan menguncupkan saiz penjawat awam merupakan satu jaminan untuk warga sektor awam mengenai masa depan kerjaya mereka.

BALING, 29 Jan (Bernama) -- Penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya jangan mudah percaya atau terpengaruh dengan senarai bakal calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang tular di laman sosial.

SANDAKAN, 29 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod baik dalam melaksanakan pembangunan untuk kemudahan rakyat pelbagai kaum di kawasan Batu Sapi, kata Pengerusi Penyelaras BN Batu Sapi Datuk Samsuddin Yahya.

