Senarai Berita

KUCHING, 27 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini disarankan keluar dari BN pusat dan membentuk gabungan mereka sendiri agar tidak disinonimkan dengan BN yang popularitinya semakin merosot.


SIBU, 27 Mei (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mengadakan perjumpaan dengan anggota parti itu di seluruh negeri ini bagi mendengar pandangan serta pendapat mereka mengenai hala tuju baharu parti tersebut.


KOTA KINABALU, 27 Mei (Bernama) -- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memuji Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas kejayaannya memulihara kebersihan Pasar Besar Kota Kinabalu.


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) hari ini membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai pelaburan bernilai RM8.33 bilion yang dibuat oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara 2009 dan 2013, dan meminta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas beberapa transaksi tersebut.


KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Terengganu hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Taman Ilmu di Tembila, Besut.


KUALA NERUS, 27 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan desas-desus kononnya kerajaan negeri akan menamatkan perkhidmatan kesemua 900 kakitangan lantikan politik di Terengganu ketika pentadbiran Barisan Barisan Nasional (BN).


NIBONG TEBAL, 27 Mei (Bernama) -- Lebih 1,000 pembeli projek perumahan Taman Halaman Indah, Jawi di sini menarik nafas lega kerana mereka bakal menduduki rumah berkenaan tidak lama lagi, setelah tertangguh selama enam tahun.


KANGAR, 27 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Ruzaini Rais, akur dengan keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man, sebagai menteri besar negeri ini.


MELAKA, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan Melaka sedang merangka pelan baharu bagi menambah baik proses agihan wang zakat dalam memastikan wang tersebut dapat diuruskan dengan berkesan dan asnaf zakat menerima bantuan yang disediakan.


TEMERLOH, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri bawah Barisan Nasional (BN) diseru bekerjasama dengan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan mereka terus menerima bantuan untuk membangunkan negeri ini.