Senarai Berita
BATU PAHAT, 25 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluangkan masa menziarahi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz di kediamannya di Parit Raja, dekat sini.
KUALA LIPIS, 25 April (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu diberikan kuasa politik bagi meneruskan agenda pembangunan luar bandar yang masih belum selesai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
JOHOR BAHRU, 25 April (Bernama) -- Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk dan sekaligus menjawab spekulasi yang bermain di media sosial beberapa hari ini setelah namanya digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
BATU PAHAT, 25 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini, selepas 40 penubuhannya, adalah kejayaan Barisan Nasional (BN).
KOTA BELUD, 25 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kajian Majlis Profesor Negara (MPN) membuktikan bahawa Sabah semakin membangun dalam era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
SEREMBAN, 25 April (Bernama) -- Sekumpulan individu yang mendakwa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rembau melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap pemilihan Setiausaha PKR bahagian Roseli Abdul Ghani sebagai calon di Parlimen Rembau, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
KEMAMAN 25 April (Bernama) -- Seramai 1,500 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik sudah bersiap siaga bagi menghadapi sepanjang proses penamaan calon di Parlimen Kemaman Sabtu ini hingga hari mengundi pada 9 Mei nanti.
KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) -- Berikut senarai penuh calon Star negeri Sabah bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14):
KOTA KINABALU, 25 April (Bernama) -- Parti STAR hari ini mengumumkan akan bertanding di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kawasan Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan dan berhati-hati sepanjang tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.